tubuh langsing idaman :)

HAI ^^,
ASSALAMUALAIKUM 

Hari ni yana nak share macam mana nak dapatkan bentuk badan yg langsing , slim dan sewaktu dengannya . :) sebab tadi tengah belek belek majalah lama , terjumpa pulak artikel pasal langsing langsing nihh . so , tak salah kalau nak kongsi dengan kawan kawan perempuan kann . Lelaki pun boleh , tapi ada ka lelaki yg nak langsing ? oppsss ! haha , dah lain macam kalau ada lelaki yang nak langsing nihhh .  tapi kalau untuk sihatkan badan tu , apa salahnya kann ^^,

okay , tengok bawah ni :
|
|
V

1 . SAYUR REBUS
Cara masak yg sihat adalah dengan mengukus atau merebus sayur tu . Tak semua orang suka sayur yg direbus kann ? Untuk tambahkan rasa , boleh laa letak sedikit cuka , rempah atau jus lemon dalam masakan . Rasanya insyaAllah lebih sedap dan menyihatkan . :)



2 . SAYUR KUBIS
Sayur kubis banyak manfaatnya , terutama untuk orang yang nak turunkan berat badan . Kubis kaya dengan serat yg dapat mengekalkan air dan  juga boleh menangani masalah sembelit . Kubis kaya dengan vitamin C yang dapat membantu membakar lemak . :)


3 . BIJIRIN
Bijirin laa yang paling senang dan cepat kann ? ^^, kajian juga mendapati kaum hawa yang mengambil bijirin penuh dalam sehari mengalami pengurangan berat badan dan mempunyai pinggang yang lebih rampinggg . :)



4 . SEHIRIS LEMON
Mulakan hari anda anda semua dengan segelas air suam dan sehiris lemon bagi menggantikan air kopi atau teh . Ooo Ooo , agak agak boleh takk ? hehe , nak langsing punya pasal , apa salahnya kann ? :) Lemon dapat merangsang sistem pencernaan  dan menjadikan kita lebih bertenaga . Dan lemon juga dapat membersihkan usus dan mempercepatkan proses penyingkiran toksin .


5 . EPAL
Memakan epal atau jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kolestrol dalam badan . Berdasarkan beberapa fakta kesihatan , didapati pengambilan sebiji epal sehari mampu memberikan kita lima gram serat dan membantu mengekalkan berat badan . :)

6 . BUAH PRUN
Buah prun sememangnya kaya dengan pelbagai khasiat yang berkaitan dengan kecantikan . Buah prun juga kaya dengan antioksidan jika hendak dibandingkan dengan buah beri biru . Ia adalah salah satu penyumbang serat yang paling baik untuk mengekalkan bentuk badan yang lagsinggg ! :)


TIPS : Elakkan mengambil makanan ringan di antara waktu makan . Sebaliknya gantilah denagn biskut kering dan secawan teh kurang manis . 

Okay , agak agak boleh buat tak ? apa apa pun , good luck dan selamat melangsingkan badan anda . :) 
Bye . Jumpa lagi . 


with love :

No comments: