PANDUAN MEMILIH BEG TANGAN ?

ASSALAMUALAIKUM
HAI  ♥ 



Hari nie rasa rajin pulak nak update .
actually tadi yana terbaca 1 artikel tuhh pasal handbag , then tiba2 terasa
 nak share jugak ngan korang .
thats why laa yana update blog hari niehh .
post kali ni khas untuk gegurl , tapi kalau ada boboy yang nak baca tuu pon bole .
nak beli untuk buah hati ke, kannnn . hehe,
sape tau . .

ok kawan kawan, enjoy your reading :)



1. Beg tangan kecil dan perhiasan berkilat, sesuai digayakan pada waktu malam dan dipadankan dengan pakaian yang elegan.



















2.  Jenis clutch atau kepit cantik dan manis untuk gaya malam yang ringkas tetapi sesuai juga untuk siang hari jika ia tidak berkilat dan saiznya sederhana besar.







.


































3.  Mereka yang berbadan besar dan gemuk lebih sesuai menggayakan beg tangan yang sederhana besar dan ringkas. Jangan pilih yang beropol-ropol atau terlalu banyak kocek atau hiasan atau logo besi yang besar kerana ia membuatkan penampilan berserabut dan tidak kemas.


















4.
Jika anda gemar menggayakan beg bertali yang kecil ketika bertugas, simpan dokumen penting atau bahan perbincangan di dalam beg bimbit atau brief. Ini bukan sahaja membuat anda nampak profesional tetapi memudahkan anda membawa dokumen tersebut.














5.
Elakkan memakai beg besar jika badan terlalu kecil. Walaupun trend hari ini banyak menampilkan beg tangan yang besar tetapi cuba pilih yang sederhana. Jika tidak, anda mungkin disalah anggap sedang bersiap-sedia untuk pulang ke kampung.
















6.  Beg kulit lebih bergaya dan nampak profesional ketika bertugas terutama jika anda menyandang jawatan penting dalam syarikat atau berada di dunia korporat.















7. 
Elakkan beg yang terlalu terang warnanya seperti biru terang, kuning kunyit dan hijau serindit ketika bertugas. Pilih nada-nada yang semula jadi dan sedap mata memandang. 





















itu saje untuk kali ni , terima kasih .   
p/s : saya bukan penjual beg tangan yee . bye   




No comments: